TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

     Bismillah. Untuk mereka yg bakal menghadapi ujian peperiksaan, semoga bermanfaat ye hadek-hadek! Apa yang penting usaha, jangan menyesal kemudian hari macam hakak Nodya niiii ahaaa.
Fighting!!!



1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.


2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.


3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.



4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.




5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan. Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari. Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit. Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan. Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu. Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda. Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan. Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah. 
 Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah. Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan. Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya. Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang. Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian. Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel. Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir. Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
 Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah. Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir. Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.



6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.




7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti. 
BUKAN SUMBER ASAL


NS : 01 november 2012

Senyum


Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)

NS : 13 julai 2012

Impossible - Shontelle


I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did, I did
And you were strong and I was not
My illusion, my mistake
I was careless, I forgot
I did
And now when all is done
There is nothing to say
You have gone and so effortlessly
You have won
You can go ahead tell them
Tell them all I know now
Shout it from the roof top
Write it on the sky love
All we had is gone now
Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Falling out of love is hard
Falling for betrayal is worst
Broken trust and broken hearts
I know, I know
Thinking all you need is there
Building faith on love is worst
Empty promises will wear
I know (i know)
And know when all is gone
There is nothing to say
And if you’re done with embarrassing me
On your own you can go ahead tell them
Tell them all I know now
Shout it from the roof top
Write it on the sky love
All we had is gone now
Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Ooh impossible (yeah yeah)
I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did
Tell them all I know now
Shout it from the roof top
Write it on the sky love
All we had is gone now
Tell them I was happy (i was happy)
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did



NS : 27 Mei 2012

Inilah Tuan Milik Tulang Rusuk Kiri Mu (Kisah Dari Seorang Sahabat)

Bismillah, nodya nak share satu cerita, yg nodya rasa sesuai untuk dikongsi dan memberi manfaat kepada semua hehe. Nodya just copy and paste from somewhere, semoga Allah merahmati si empunya cerita. Enjoy yahh!!!


Ketika aku masih lagi di bangku sekolah, melafazkan cinta itu merupakan perkara yang mudah. Bukan aku sahaja yang melakukan sebegitu tetapi ramai lagi kawan-kawan aku melafazakan cinta antara satu sama lain. Ketika itu mungkin rasa ingin tahu terhadap cinta itu sangat tinggi mengatasi rasa ingin tahu untuk membina cita yang lebih cerah pada masa akan datang. Itulah senario yang berlaku pada aku dan juga kawan-kawan. Mengapa begitu mudah cinta itu dilafazkan?

Setelah tamat alam persekolahan, masing-masing membawa haluan sendiri. Dan ternyata cinta selama ini yang mereka banggakan seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Tiada sebarang ikatan,tetapi sekadar saham dosa di akhirat kelak. Semasa di kolej matrikulasi aku pernah terdengar yang si lelaki merupakan pemilik tulang rusuk kiri si wanita. Apa kaitan antara lelaki dan wanita tersebut? Allah S.W.T memang menjadikan lelaki untuk melindungi si wanita dan wanita untuk membahagiakan si lelaki. Itu lumrah kehidupan yang perlu kita terima.

Kadang kala terasa malu jika melihatkan diri yang kerdil lagi hina untuk dimiliki oleh seorang wanita yang solehah. Malu untuk mengaku bahawa itulah tulang rusuk kiri aku sendiri yang sekian lama terbenam dalam tubuhnya. Dengan adanya tulang rusuk tersebut, dia tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini. Bagaimana pula dengan aku? Persoalan yang sering timbul di dalam benak fikiran aku ialah sudah cukup bagus ke aku untuk memiliki wanita yang cukup sempurna imannya, manis rupa parasnya,sopan santunnya dan elok budi pekertinya?

Ada sesekali aku berfikir akan dosa dan noda yang telah aku lalui selama ini, layakkah aku untuk mengaku tulang rusuk itu milik aku? Belum cukup sedia aku rasakan. Banyak lagi perkara yang aku harus pelajari untuk menjadi lelaki sejati yang berpaksikan keimanan dalam kehidupan seharian. Sebagai suami dan bapa kelak, perkara-perkara yang berkaitan dengan iman,amal perlu dititik beratkan agar si wanita (isteri) berasa bangga bahawa tuan milik tulang rusuk kirinya selama ini merupakan seorang yang soleh dan taat kepada ajaran Allah S.W.T.

Bagaimana pula jika aku masih seperti dulu? Solat mudah ditinggal-tinggalkan, berhibur tanpa batasan antara lelaki dan perempuan, puasa sentiasa ada cacat celanya, masjid, surau ibarat tempat yang asing bagi aku. Pasti kecewa wanita solehah itu, hancur hatinya. Aku dapat merasakan bahawa wanita itu mengimpikan seorang lelaki yang seagung Rasullulah dan sehebat sahabat-sahabat nya.

Firman Allah S.W.T:
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (begitu pula sebaliknya). Bagi mereka ampunan dan reski yang melimpah (yaitu : Surga)
(Qs. An Nuur (24) : 26)

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik?"
Pada satu ketika dulu aku pernah terfikir, untunglah lelaki yang baik,kerana mereka akan memperoleh wanita yang baik. Tetapi aku tidak pernah terfikir untuk menjadi salah seorang lelaki yang beruntung itu. Lalu aku abaikan firman Allah yang suci ini dan terus leka dan lalai dalam pelukan duniawi. Kini umur hampir mencecah 22 tahun, makin hari perkara ini sering bermain di kotak minda aku. Sampai bila untuk aku jadi begini?lalai dari semua perintahNya? Timbul rasa insaf dan ingin kembali kepada fitrah kejadianku. Dari situ juga aku banyak bermonolog sendiri,
"Jika aku seorang lelaki yang jahat, adakah aku akan menerima wanita yang sama jahat sebagai isteri aku?"

"Bagaimana jika aku seorang lelaki yang baik?"
Dari situlah bermulanya pengembaraan tranformasi untuk menjadi insan yang mulia di sisiNya. Rasa malu terhadap Allah S.W.T itu kian menebal dan seiring rasa segan untuk berhadapan wanita solehah yang memiliki tulang rusuk itu buat sekian kalinya. Semua perasaan bercampur menjadi satu. Rasa malu kepada Allah sehinggakan timbul rasa rindu kepadaNya. Baru sekarang aku dapat rasakan betapa tenangnya hidup ini jika semua perintah Allah kita lakukan dengan hati yang ikhlas dan laranganNya ditinggalkan jauh dari diri ini.

Namun sudah bersediakah aku untuk mengaku kepada wanita solehah itu yang akulah tuan milik tulang rusuk kirinya selama ini? Tepuk dada tanyalah iman. Pendek kata apa yang aku lalui sekarang hanya sekadar di lapisan atas sahaja. Banyak lagi perkara yang aku harus belajar agar wanita itu boleh menerima aku sebagai suaminya yang taat kepada Penciptanya dan kasih kepadanya sepenuh hati.

Dan sekarang,aku punya satu hasrat terhadap wanita solehah itu, ketahuilah bahawa aku sedang mempersiapkan diri untuk memilikimu sebagai teman hidup aku yang sah.

c&p by NS : 16 Mei 2012

Budak Hostel

Bismillah. Hostel, sesape yg stay hostel tu tahulah kan life dia camne? Hmmmm seronok yedakk? Haha. Sebagai budak hostel, Nodya bukan dalam kategori budak baik. Tapi baik siket lah dari firaun sekolah, form 3 dah start jadi setan buat semua benda terlarang. Tapi jangan salah faham, taklah jahat sebenarnya, nakal manje ajeeee. Biasala terkongkong, makan ikut time, study ikut time, tidur pun ikut time sape lah boleh hadap kan? Ehh bolehla, ade je yg boleh hidup dgn peraturan 24/7. Walaupun selalu kena cubit selalu kena denda, tapi tetap warden sayang. Ahaksss.
Walaupun gituu, Nodya ni ada bakat jugaklah. I love sastera! Walaupun ambik science tulen haha. Nak dijadikan cerita, tak ingat dari mana asalnya tapi nadya disuruh oleh warden perempuan masa tu, Puan Hajjah Azlina Bt Ibrahim untuk buat sajak ape ntah camtula. Nak kata hebat tu takla, setakat nak samakan huruf kat belakang boleh la kot. haha. Waktu tu dia nak pindah rasenye, so here we go!
2009 ke mari melapor diri,
menghayun langkah tampak berani, 
berwajah ayu berhati nurani, 
itulah Cik Azlina Ibrahim nama diberi. Cik waktu tu sebab belum kahwin(?)

Tanggungjawab digalas penuh dedikasi,
menjadi warden kepada aspuri, 
kami di didik lebih berdikari, 
sebagai persediaan dewasa nanti.
 
Dikau mendidik penuh ketegasan,
mengasuh kami tentang kehidupan, 
salah kami diberi kemaafan,
agar dapat membetulkan kesilapan.

Matamu tajam menikam kalbu, 
meronda dorm tidak pernah jemu,
bukan tujuanmu sibukkan diri, 
tapi sekaadar melihat keadaan kami.

Terlempar sendiri kami di sini, 
tiada saudara untuk berlindung,
engkau ibu penjaga kami,
sakit demam kami bergantung.

Tiada kesalan memikul bebanan,
nafas ditarik penuh kepenatan,
bukan niatmu menghembus keluhan,
tapi letih melihat kami penuh kenakalan.

Mendidik kami ilmu dunia,
menerapkan juga ilmu akhirat,
supaya kami seimbang semua,
agar kejayaan mendapat berkat.

Waktu 'study' menyibukkan diri,
ada yg berbual , ada yg bermimpi,
cikgu datang mencubit lengan,
aduhai sakit sampai ke petang.

Bintang bersinar penuh gemerlapan,
begitulah dikau kami ibaratkan,
kasih sayang kami penuh keikhlasan,
hanya buatmu ibu , warden kesayangan.

Sudah tiga tahun menabur bakti,
anak muridmu pergi silih berganti,
tiba pula nanti giliran kami,
harap khilaf kami tak di simpan dalam hati.

Tempat jatuh lagikan dikenang,
inikan pula tempat berteduh,
bersama teman berkongsi sayang,
bersama guru menjadi penyuluh.

Akhir kata salam dipinta,
melabuhkan tirai menutup bicara,
harap berjumpa lagi di lain masa,
doa kami agar cikgu sentiasa bahagia..

Haaaa kelakar kan????!!!! hahahahahahahhaa ayuh ketawa berjemaah! Hohoii, waktu tu kira torbaik hokay. Asalnya nukilan ni dimasukkan dalam program ape ntah kat asrama. Lepas tu Cikgu Azlina ni request suruh sent dalam buku TINTA (buku tahunan sekolah) so haaa adelah nukilah kitee yg macam budak darjah 5 tu dalam buku sekolah. Kembang kempis siket hidung masa belek buku tu. 

Tapi apa yg aku nak cuba sampaikan ialah kenangan! ye K.E.N.A.N.G.A.N. Kenangan yg kau takleh beli pun even kau hartawan. Hey bukan senang hokay orang yg nak ade kenangan kat hostel, i mean tak semua yg duduk hostel waktu sekolah kan. Masa kau melaluinye memanglah muak mual semua, once kau dah tinggalkan sekolah, moments paling banyak for surelah kat hostel, tempat kau tinggal berkarat berdaki 24/7. So bersyukurlah! hehehe





NS : 3 Februari 2012