Bismillah. Untuk mereka yg bakal menghadapi ujian peperiksaan, semoga bermanfaat ye hadek-hadek! Apa yang penting usaha, jangan menyesal kemudian hari macam hakak Nodya niiii ahaaa.
Fighting!!!
1. Semak jadual
Menyemak
jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar,
khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut
kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana
apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan
diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika
melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang
menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah
kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak
latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak
diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh
itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama
menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras.
Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping
membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar
pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau
kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan
sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi
semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat
adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam
menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk
mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu
ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara
berterusan. Selain
di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan
masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota
ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati
semula apa yang telah dipelajari. Dalam
pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk
menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan
minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit. Tidur
hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi
tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu
belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu,
apatah lagi akan menduduki peperiksaan. Buat
seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat,
sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini
kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan
yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan
itu. Begitu
juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa
beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan
boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda. Setelah
segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan
peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis
khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan
beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal
dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan. Sebaiknya
tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu
supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan
tenang tanpa sebarang masalah.
Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan
peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih
dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah
akan tergesa-gesa ke sekolah. Ingat,
perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya
membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya. Ketika
berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang
dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan
diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu
membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali
gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang. Apabila
menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi
kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir
mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar
itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang
ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian. Jika
menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan
jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam
kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya
tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel. Walaupun
sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun
subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas
peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah
dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan
terakhir. Pembahagian
masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang
diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal
sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas
peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau
sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika
didapati jawapan anda terpesong atau salah. Jika
ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu
ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas
soalan itu setelah peperiksaan berakhir. Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang
peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda
seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh
mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah
supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap
peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering
kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam
hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan
diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita
berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata
terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai
kejayaan.
Itulah
di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan
persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan
panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat
persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.
NS : 01 november 2012
3 comments:
tambah 1 lagi..pastikan tidur mencukupi supaya tak mengantuk ketika nak amik exam..anyway, good luck yaa..
Regards,
-Strider-
gud luck~~
Post a Comment