Budak Hostel

Bismillah. Hostel, sesape yg stay hostel tu tahulah kan life dia camne? Hmmmm seronok yedakk? Haha. Sebagai budak hostel, Nodya bukan dalam kategori budak baik. Tapi baik siket lah dari firaun sekolah, form 3 dah start jadi setan buat semua benda terlarang. Tapi jangan salah faham, taklah jahat sebenarnya, nakal manje ajeeee. Biasala terkongkong, makan ikut time, study ikut time, tidur pun ikut time sape lah boleh hadap kan? Ehh bolehla, ade je yg boleh hidup dgn peraturan 24/7. Walaupun selalu kena cubit selalu kena denda, tapi tetap warden sayang. Ahaksss.
Walaupun gituu, Nodya ni ada bakat jugaklah. I love sastera! Walaupun ambik science tulen haha. Nak dijadikan cerita, tak ingat dari mana asalnya tapi nadya disuruh oleh warden perempuan masa tu, Puan Hajjah Azlina Bt Ibrahim untuk buat sajak ape ntah camtula. Nak kata hebat tu takla, setakat nak samakan huruf kat belakang boleh la kot. haha. Waktu tu dia nak pindah rasenye, so here we go!
2009 ke mari melapor diri,
menghayun langkah tampak berani, 
berwajah ayu berhati nurani, 
itulah Cik Azlina Ibrahim nama diberi. Cik waktu tu sebab belum kahwin(?)

Tanggungjawab digalas penuh dedikasi,
menjadi warden kepada aspuri, 
kami di didik lebih berdikari, 
sebagai persediaan dewasa nanti.
 
Dikau mendidik penuh ketegasan,
mengasuh kami tentang kehidupan, 
salah kami diberi kemaafan,
agar dapat membetulkan kesilapan.

Matamu tajam menikam kalbu, 
meronda dorm tidak pernah jemu,
bukan tujuanmu sibukkan diri, 
tapi sekaadar melihat keadaan kami.

Terlempar sendiri kami di sini, 
tiada saudara untuk berlindung,
engkau ibu penjaga kami,
sakit demam kami bergantung.

Tiada kesalan memikul bebanan,
nafas ditarik penuh kepenatan,
bukan niatmu menghembus keluhan,
tapi letih melihat kami penuh kenakalan.

Mendidik kami ilmu dunia,
menerapkan juga ilmu akhirat,
supaya kami seimbang semua,
agar kejayaan mendapat berkat.

Waktu 'study' menyibukkan diri,
ada yg berbual , ada yg bermimpi,
cikgu datang mencubit lengan,
aduhai sakit sampai ke petang.

Bintang bersinar penuh gemerlapan,
begitulah dikau kami ibaratkan,
kasih sayang kami penuh keikhlasan,
hanya buatmu ibu , warden kesayangan.

Sudah tiga tahun menabur bakti,
anak muridmu pergi silih berganti,
tiba pula nanti giliran kami,
harap khilaf kami tak di simpan dalam hati.

Tempat jatuh lagikan dikenang,
inikan pula tempat berteduh,
bersama teman berkongsi sayang,
bersama guru menjadi penyuluh.

Akhir kata salam dipinta,
melabuhkan tirai menutup bicara,
harap berjumpa lagi di lain masa,
doa kami agar cikgu sentiasa bahagia..

Haaaa kelakar kan????!!!! hahahahahahahhaa ayuh ketawa berjemaah! Hohoii, waktu tu kira torbaik hokay. Asalnya nukilan ni dimasukkan dalam program ape ntah kat asrama. Lepas tu Cikgu Azlina ni request suruh sent dalam buku TINTA (buku tahunan sekolah) so haaa adelah nukilah kitee yg macam budak darjah 5 tu dalam buku sekolah. Kembang kempis siket hidung masa belek buku tu. 

Tapi apa yg aku nak cuba sampaikan ialah kenangan! ye K.E.N.A.N.G.A.N. Kenangan yg kau takleh beli pun even kau hartawan. Hey bukan senang hokay orang yg nak ade kenangan kat hostel, i mean tak semua yg duduk hostel waktu sekolah kan. Masa kau melaluinye memanglah muak mual semua, once kau dah tinggalkan sekolah, moments paling banyak for surelah kat hostel, tempat kau tinggal berkarat berdaki 24/7. So bersyukurlah! hehehe





NS : 3 Februari 2012

0 comments: