Siapa Allah dihatimu?


        Bismilah. 13 januari lepas birthday Nodya, and I got a gift from my naqibah, orang yg memperkenalkan usrah, bulatan gembira kepada nodya. Buku! Actually jarang atau lebih tepat tak pernah lagi birthday nodya dapat buku especially buku agama, so I was overwhelmed. yela biasa Cik Teddy takpun baju or coklat. So thank you Kak Soli!
Ni haa bukunya, superb best!
    Mula dapat agak terpana lah ecece, yela rasa macam baru berpijak kat muka bumi ni. Allah SAYANG aku.... Ye, belum ape-ape air mata dah merembes keluar macam empangan pecah, yang tak baca lagi serius tolong pergi beli cepat (kalau ada lagi laa huhu). Meh nak share siket, biar sentap!

      Sewaktu dikau dilahirkan ke dunia, ayahmu mengazankan di telinga. Apakah perkataan pertama yg dikau dengar? ALLAH.... Lafzul jalalah inilah yg menjadi saksi hebat cinta kasihNya. Dikau pun membesar sedikit demi sedikit. Dirimu hanya menangis kerana lapar, tidak tahu meminta, ALLAH SWT gerakkan hati ibu untuk memberimu makan. Dikau belajar berjalan, jatuh, kakimu begitu lemah. Lalu, ALLAH SWT arahkan kakimu agar mampu melangkah. 
Pada usia kecilmu, ALLAH SWT menghiburkan dirimu dgn hadiah-hadiah pemberian manusia. Sesiapa sahaja yg melihatmu, pasti berasa kasih. Dikau pun bebas bermain. Dikau luka, ALLAH SWT lah yg pertama ubatkan. Kulitmu tercalar teruk, ALLAH SWT yg membalutkannya dgn kupin-2 ubat yg sering dikau hina. ALLAH SWT hanya senyum padamu, lantas menghadiahkan untukmu kulit yg baru. Apabila sakit itu masih terasa, ALLAH SWT tidak pernah berhenti daripada memberi pandangan mesra penuh kasih sayang kepadamu, sedang dikau memaki hamun sakitmu itu. Pada saat yg sama, ALLAH SWT mengarahkan Malaikat memadam dosa-dosamu. 

Haaa tak habis lagi hokayyy, nodya ambik ayat ni pulakkk, semoga bermanfaat!

"Pohonlah kepada-Ku, nescaya AKU kabulkan...." al-mukmin, 60.
Namun selepas memperoleh apa yg dikau pinta, apa yg dikau lakukan? Tahukah dikau bahawa setiap kali dikau bersolat, ALLAH SWT merenungmu, lalu memberitahu dengan bangga kepada para Malaikat, "Lihat hamba-Ku sedang menyembah-Ku. AKU cinta dan sayang kepadanya dan AKU ampunkan dosanya." Sedangkan solatmu itu pun kerana terpaksa. Semasa sujud, dikau pejamkan mata, tetapi tahukah dikau pada saat itulah ALLAH SWT menumpukan pandangan-NYA kepadamu dengan penuh rasa cinta? Dikau tidak pernah peduli semua kasih sayang daripada-NYA, walaupun DIA sudah berjanji,
"....andai kamu bersyukur, AKU akan tambahkan lagi...." Ibrahim, 7.
Tetapi dikau tidak juga bersyukur. Namun, oleh kerana kasih-NYA yg mendalam, DIA tetap menambahkan kurniaan-NYA buatmu. DIA hanya memberikan satu dosa andai dikau berbuat jahat. Sebaliknya,andai dikau baru sahaja berniat untuk berbuat baik, DIA sudah memberimu satu pahala. Lalu, andai dikau melaksanakan kebaikan itu, akan ditambahkan lagi untukmu 700 pahala. ALHAMDULILLAH...


Siapa Allah Dihatimu? Ibnu Rijal. Untuk kisah penuh, sila dapatkan buku tersebut di pasaran. Hehehehe tolong promote sesuatu yg hebat tak salah!
Semoga Allah sentiasa memberkati kita. AMIN.


NS : 22 januari 2013

2 comments:

Solihah Muzahar said...

inshaAllah,nadya. kqsoli sntiasa doakn awk. kite same2 baiki diri :)

Ahmad Kamil said...

kita selalu lupakan Allah. Kita selalu berjanji pada Allah. Jarang sekali kita bersyukur padaNya. Jarang sekali kita tunaikan janji padaNya. sama sama kita berubah